Saturday, August 11, 2012

RECIPE:PAVLOVA

Salam..Hello..

yes..one more post from me for this week..requested by my friends..^__^..this time, jom belajar buat pavlova ok..walaupun tak master in baking, tapi usaha tangga kejayaan kan..;)..

pic courtesy: ME ;)

Bahan-bahan:
(base)
- 4 biji telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh esen vanilla

(topping)
- Buah-buahan segar (mengikut kesukaan sendiri)
- 1 cawan Non-dairy RICH's Gold Label whipping cream
**do use non-dairy ok..easy to get a soft peak..



Cara-cara (base):
1) Panaskan oven dengan suhu 140 darjah Celsius selama 6 minit..lakukan sebelum memulakan proses membakar.
2) Asingkan putih telur dan kuning telur..kita hanya gunakan putih telur je.
3) Masukkan putih telur ke dalam mixer dengan kelajuan paling maksimum ok..jangan nak slow slow sangat,nanti telur lambat gebu..^^
4) Masukkan gula kastor ketika mixer tengah berputar.
5) Masukkan tepung jagung dan putar selama 3 minit dan berhenti.
6) Masukkan cuka makan dan esen vanilla..Gunakan sudip atau yang seangkatan dengannya untuk mengacau semua bahan-bahan menjadi sebati.
7) Selepas da sebati, letak sebatian tu atas tray yang da dialas dengan kertas minyak yang disapu mentega..dan bakar pada suhu 100-120 darjah Celsius selama 1 jam 15 minit (anggaran).

**sila rajinkan diri untuk melihat sebatian anda, kerana sebatian itu sangat sensitif..kalau suhu panas sangat, nanti jadi biskut..kalau kurang panas, akan menjadi kurang masak..
**bahagian dalam sebatian akan menjadi seperti marshmallow, sedikit melekat dan rasa seperti cotton candy..itu tanda nya, anda hampir dengan kejayaan..^^

Cara-cara (topping):
1) Putar whipping cream selama 10-15 minit
2) Potong buah-buahan segar mengikut idea masing masing
3) Letak cream dan buah di atas base yang telah dikeluarkan dari oven (sejukkan base tu dulu)
4) Masukkan ke dalam peti sejuk untuk seketika bagi mendapatkan kesedapan yang syiokkk dan MAKAN..^__^

selesai sudah kelas membakar pavlova hari ini..selamat beramal..bye..salam..^__^

No comments:

Post a Comment